Berita tergempar muncul ketika ini apabila kehilangan pesawat MH370 dikaitkan dengan serangan pemisah Uighurs.
Spekulasi hangat ini bertiup kencang apabila sebuah blog yang baru
dibuka mengeluarkan artikel yang mendedahkan beberapa maklumat penting.
Blog yang diberi nama Global Defence & Security Research Defence (GLODEF) mendakwa dua lelaki misteri yang memegang passport palsu itu adalah daripada etnik Uighur.
paparan muka GLODEF
GLODEF mengaitkan serangan terbaru ini dengan serangan berdarah di
stesen keretapi Kunming, China. Dalam serangan yang mengorbankan 29
orang awam itu, pihak berkuasa menyalahkan puak pemisah dari wilayah
Xinjiang yang dihuni oleh majoriti penduduk dari etnik Uighur.
Justeru, GLODEF menjangkakan insiden pesawat MH370 ini merupakan satu
lagi serangan susulan oleh pihak militan dari kumpulan tersebut.
Namun, apa yang begitu mengejutkan ialah kedua-dua lelaki misteri itu membeli tiket bersama-sama.
Perkara itu disahkan oleh pihak China Southern kepada koresponden Daily
Telegraph di Beijing, Malcolm Moore setengah jam yang lalu.
Selain itu, GLODEF turut membayangkan kemungkinan wajah dua lelaki yang menggunakan pasport palsu itu seiras dengan rupa paras rakyat Italy dan Austria.
"Mereka berdua menempah tiket melalui China Southern Airlines. Sudah
tentu mereka berdua boleh melepasi sekuriti di lapangan terbang dengan
wajah yang seiras dengan warga Italy atau Austria" - Tulis di blog
GLODEF.
Ramai pakar dan penganalisis termasuk pihak FBI sendiri tidak menolak
kemungkinan serangan pengganas dalam kejadian ini. Ini dikuatkan lagi
dengan pendapat David Learmount yang mengaitkan BOM sebagai punca
insiden berikutan ketiadaan sebarang panggilan kecemasan daripada
pesawat MH370
Kredit To : Penpatah
No comments:
Post a Comment