Seperti mana yang
kita tahu berzikir boleh membuatkan hati menjadi tenang , tapi apakah
kebenaran saintifik terhadap aktiviti berzikir ini? bahkan hasil kajian Dr Masaru Emoto telah membuktikan molekul air akan menjadi kristal sewaktu dibacakan doa....benarkah zikir akan menenangkan? Ikuti pembongkaran rahsia kelebihan berzikir dari sudut sains.
Otak sebenarnya ialah satu himpunan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang
melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan
tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi secara sempurna.
Ketika otak berfungsi, berlaku perubahan kimia di dalamnya yang
melibatkan pergerakan ion-ion atau atom-atom yang membawa cas. Setiap
hari empat belas juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan
enam belas juta saraf tubuh yang lain.
Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita
peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak
terbatas. Ukuran isyarat otak yang terhasil daripada aktiviti elektrik
yang dapat dikenal pasti melalui kaedah electroencephalography (EEG).
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah S.W.T seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.
Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi
bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan
kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang
lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara
keseluruhan.
Otak mula memahami perkara baru, melihat daripada perspektif berbeza dan
semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir otak tidak
sebegini. Otak yang segar dan cerdas secara tidak langsung mempengaruhi
hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam
majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Kajian dilakukan di
University of Washington dengan menggunakan ujian imbasan PET yang
mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.
Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang kali, aktiviti saraf otak merebak ke kawasan-kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.
Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya. Jika ia mengaitkan tentang kecerdasan otak, maka betullah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Orang yang berzikir kepada Allah S.W.T ditengah-tengah orang yang lalai ibarat sebuah pepohonan yang hijau ditengah-tengah pepohonan yang kering.”
Oleh itu, saudara-saudara seIslam, ketika saintis barat baru menemui mukjizat ini, kita umat Islam iaitu umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang remeh tentang kepentingan berzikir dan secara nyata mengabaikannya.
SUMBER : aidawahablovefun
No comments:
Post a Comment