Tuesday 18 March 2014

Kenali Personaliti Cinta Pasangan Berdasarkan Cara Makan

Assalamualaikum,



Ketika baru mengenali pasangan, salah satu perkara yang diperhatikan adalah cara si dia makan. Walaupun ianya nampak seperti sesuatu yang biasa, namun sebenarnya cara makan juga dapat menggambarkan personaliti cinta si dia.


Kenali Personaliti Cinta Pasangan Berdasarkan Cara Makan
Kenali Personaliti Cinta Pasangan Berdasarkan Cara Makan (Gambar hiasan) - footage.shutterstock.com
Sebelum ini telah dibincangkan mengenai kuiz uji personaliti diri. Bebarapa cara makan dan personaliti cinta adalah seperti berikut:


1. Makan dengan tenang
Setiap suapan makanan ke mulutnya dibuat dengan penuh hati-hati. Hinggakan anda berasa bosan dan geram kerana dia lebih menumpukan kepada makanannya berbanding diri anda. Sikap dinginnya itu menggambarkan dia seorang yang tegas di dalam membuat keputusan dan dia juga seorang yang setia.


2. Makan sambil berbual
Kerana terlalu asyik berbual dengan anda, makanan di pinggannya tidak luak. Gambaran terhadap dirinya adalah seorang yang periang dan susah melihat dia marah. Ada masanya dia merajuk. Dia juga suka berterus-terang bagi memastikan hubungan berjalan lancar.
3. Makan sambil kerap membelek makanan
Si dia begitu tekun makan hinggakan tumpuan terhadap makanan yang dimakan lebih banyak berbanding diri anda. Dia juga sangat teliti, contohnya tulang ikan disusun rapi di tepi pinggan. Personalitinya adalah dia seorang yang prihatin dan serius terhadap apa yang dilakukannya.


4. Makan sambil merungut
Ketika makan si dia akan merungut contohnya makanan tak sedap. Hinggakan anda berasa sakit hati dan rimas. Itu bermaksud si dia suka berterus-terang. Di sebalik sikapnya menggambarkan dia amat mengambil berat terhadap diri anda. Tetapi awas, dia sebenarnya kuat cemburu. 



5. Makan dengan serius

Gaya makan begini tidak terlalu cepat dan tidak pula terlalu lambat. Sesekali dia akan berbual dengan anda ketika makan. Ketika mengunyah matanya tertumpu pada anda hinggakan anda pula tidak selesa untuk makan di hadapannya. Ternyata si dia amat menyayangi diri anda sehinggakan tidak sanggup kehilangan anda walau sesaat. Dia juga menunjukkan sikap pelindung terhadap diri anda. 



6. Makan sambil kerap tengok jam

Setiap kali makan pasti dia hendak cepat sedangkan masa masih panjang dan tiada perkara lain yang hendak dibuatnya. Ini menunjukkan si dia seorang yang menitikberatkan soal masa. Dia seorang yang menepati masa dan janji. Pasti dia juga tidak sukakan seseorang yang lembap.

Oleh itu, setiap orang pasti ada cara makan tersendiri yang menggambarkan personaliti cintanya. Namun harus diingat, usah terlalu mudah membuat penilaian negatif terhadap diri si dia. Kerana setiap manusia pasti ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. 
Kredit To : Mizzaiza

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...