Kagumkan kawan-kawan bila tengok ramai antara artis Malaysia kita yang menyusu anak secara eksklusif. Walaupunsibuk bekerja, sibuk menjaga penampilan dan kecantikan tapi mereka tidak membelakangkan tanggungjawab mereka sebagai ibu. Jom kita baca artikel berkenaan mereka.
Sazzy Falak
Sejak awal kehamilan lagi, Sazzy sudah merancang untuk menyusukan anak-anak kembarnya secara eksklusif. Apatah lagi dirinya juga dikelilingi oleh rakan-rakan selebriti yang turut menyokong penyusuan susu ibu seperti rakan niaganya Aishah Sinclair. Melihat sendiri stok susu perahan yang memenuhi peti sejuk besar di kediamannya, memang benarlah dia serius dalam bab menyusukan anak.
Pengalaman dilalui sejak hari pertama hingga kini menyusukan
anak kembar sememangnya diakui tugas mencabar. Penat dan letih menjadi perkara
biasa dalam hidup Sazzy sejak menggalas tugas sebagai ibu. Namun dia puas dapat memberikan makanan awal terbaik untuk
si kembar kesayangan keluarga. Rasa berbaloi melaburkan sejumlah wang yang
besar untuk membeli pam payu dara terbaik di pasaran. Jika boleh menurut Sazzy, dia mahu menyusukan Imaan dan
Tiara sehingga dua tahun tetapi jika tidak dapat, tempoh setahun lebih pun
sudah memadai.
Baginya tiada alasan dari seorang ibu untuk tidak memberikan
susu ibu kepada anak mereka. Yang penting ibu harus bijak mengatur masa dan
dapatkan sokongan daripada ibu-ibu lain yang turut menyusukan anak sebagai
motivasi. Apa yang diharapkan sokongan dan dorongan daripada suami dan
keluarga akan berterusan bagi menjayakan penyusuan secara eksklusif.
Dynas Mokhtar
Beroleh inspirasi untuk membuka DNA daripada pengalamannya menyusukan permata hati, Khyra Khalyssa, wanita berusia 29 tahun ini memahami kesulitan para ibu yang sukar untuk menyusukan anak mereka di tempat awam.
Menurutnya, pengalaman menyusukan Khyra dengan susu badan membuatkan dia terpanggil untuk menghasilkan rekaan baju menyusu untuk kemudahan para ibu menyusukan anak mereka di mana-mana sahaja.
“Selepas melahirkan Khyra, Dynas hanya memberikan dia susu badan kerana percaya ia adalah makanan terbaik untuk bayi pada usianya ketika itu.
“Namun, yang menjadi masalahnya adalah apabila membawa Khyra keluar kerana Dynas jenis yang suka membawa Khyra berjalan- jalan seperti pergi ke pusat membeli-belah. Khyra pula jenis yang kerap menyusu tidak kiralah di mana sahaja.
“Justeru, menyedari sebenarnya ramai para ibu berdepan dengan situasi ini, Dynas mendapat idea untuk menghasilkan baju menyusu yang memudahkan para ibu untuk memberi susu badan kepada anak mereka di mana-mana sahaja,” katanya ketika ditemui di butiknya yang terletak di The Curve, Damansara.
Bertitik tolak daripada pengalamannya itu, bekas pengacara rancangan Beat TV ini optimis permintaan terhadap baju menyusu begitu diperlukan oleh para ibu di negara ini.
Wardina
"Saya menyahut cabaran penyusuan susu ibu, selari dengan nasihat dan polisi Pertubuhan Kesihatan Sedunia serta kerajaan.
"Golongan ibu diseru menyusukan anak secara eksklusif selama 6 bulan pertama dan terus menyusu sehingga 2 tahun ditambah dengan makanan pejal selepas 6 bulan.
"Saya masih menyusukan Imran secara eksklusif dan akan terus melakukannya, InsyaAllah sehingga dia berumur 2 tahun seperti dua anak saya sebelum ini.
"Itu tanggungjawab saya sebagai ibu. Jika ada pihak mahukan nasihat dan sokongan, saya memang sedia membantu. Saya selalu berjumpa dan memberi nasihat kepada ibu baru secara percuma. E-mail saya di wardina.dina@yahoo.com," katanya.
Wardina berkata, dia juga menggalakkan lebih ramai ibu berkerjaya menyusukan anak.
"Walaupun saya artis dan sibuk ke sana ke mari, tapi ia bukan alasan untuk tidak menyusukan badan. Ada cara dan kaedah yang boleh dipraktikkan.
"Cuma masalahnya, ramai ibu putus asa terlalu awal kerana tidak mendapat sokongan kerana kurang pengetahuan. Tiada kata yang dapat digambarkan apabila melihat anak kita membesar daripada darah daging sendiri," katanya.
*********************************************
SIAPA yang tidak kenal pelakon, pengacara dan model, Wardina Safiyyah Fadlullah
yang sentiasa kelihatan anggun bergaya.
Wardina yang kini turut berjinak dalam penulisan buku keibubapaan dan kanak-kanak juga dikenali sebagai antara personaliti yang mengamalkan penyusuan eksklusif untuk anaknya.
Ibu muda kepada Amna Nafeesa, Azra Sareera dan Imran Arrazi itu menganggap hak seorang anak daripada ibunya sejurus dilahirkan adalah penyusuan badan.
“Saya akui, menyusu badan sebenarnya bukan mudah, hanya mereka yang bersungguh sahaja boleh berjaya,” katanya.
Bagi anak kacukan Australia dan Acheh ini, kesungguhan ibunya menyusukan beliau dan adik-beradik ketika kecil menjadi inspirasi buatnya untuk meneruskan tabiat baik itu.
Sehingga kini, anak bongsunya, Imran yang berusia setahun 10 bulan masih menyusu secara eksklusif dan belum meneguk susu formula
Wardina mengakui menyusu menjadikan beliau mudah kembali kepada bentuk asal badan sebelum mengandung dan tiada sebab untuk dia berasa malu.
“Jika ada ibu yang berpendapat menyusu menjadikan fizikal mereka tidak cantik, bagi saya ibu itu sangat pentingkan diri sendiri dan dia bukan ibu yang sejati,” katanya.
Baginya, menjadi ibu bukan sekadar melahirkan, malah tanggungjawab mereka melebihi daripada itu. Dan tentunya tanggungjawab pertama yang dipikul oleh seorang wanita saat dia bergelar ibu adalah menyusu.
Wardina sama sekali tidak berasa segan atau malu untuk menyusukan bayinya di khalayak. Bagi wanita bertudung sepertinya, itu satu kelebihan yang memudahkan lagi dia menyusu anaknya walau di mana sahaja.
“Walaupun pada awalnya kita berasa sedikit leceh dan tidak selesa, namun lama-kelamaan perasaan itu hilang bila ia menjadi kebiasaan.
“Saya menganggap menyusu dan menyediakan stok susu sebahagian daripada rutin harian seperti solat. Jika sudah biasa, kita tidak akan rasa terbeban,” katanya yang masih mengamalkan sesi mengepam susu hingga kini bagi menggalakkan pengalirannya.
Demi menambah pengetahuan dalam bidang penyusuan, pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) itu sanggup mengikuti kursus berkaitan yang dianjurkan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selama 18 jam.
Ibu jelita itu turut berkongsi maklumat mengenai penyusuan dalam buku nukilan yang bertajuk “Mama, saya lapar...” yang diterbitkan baru-baru ini.
“Saya rasa ilmu yang baik harus dikongsi bersama. Kerana itu saya mengambil keputusan menghasilkan buku sedemikian dalam usaha menghebahkan kebaikan susu ibu,” katanya.

Kita sibuk ikut trend fesyen baju terkini artis. Apakata kali ni kita
ikut pulak trend artis menyusu anak. Jangan beri alasan. Just do it.
kalau letih sangat badan, ambil suplement supaya badan lebih bertenaga.
*******************
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini , saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.
H/P: 019-3131 395 atau
Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim

No comments:
Post a Comment