Jaundis merupakan penyakit yang biasa dialami bayi yang baru dilahirkan. Lazimnya ia dapat dikesan selepas 24 jam bayi itu dilahirkan. Hari ini, sekitar 50 peratus bayi yang dilahirkan mendapat jaundis. Biarpun jaundis adalah suatu penyakit yang biasa dihidapi bayi namun ia boleh menjejaskan kesihatan bayi.
Jaundis yang
teruk, jika tidak ditangani dengan betul boleh mengundang risiko. Bayi
boleh menjadi pekak dan kemungkinan kerosakan otak.
Jaundis
bermaksud kehadiran warna kuning di bahagian kulit bayi dan bahagian
putih mata yang disebabkan oleh terlalu banyak mendapan bilirubin di
dalam badan. Bilirubin dihasilkan secara berterusan di dalam badan
tetapi ia dinyahkan daripada badan dengan pantas berbanding
penghasilannya. Maknanya, jaundis tidak akan berlaku selagi bilirubin
dapat disingkirkan dengan cepat berbanding penghasilannya di dalam
badan. Jaundis terjadi akibat pengeluaran bilirubin yang berlebihan dan
tidak dapat dinyahkan oleh hati. Lebihan bilirubin itu akan mengalir
melalui saluran darah ke lain-lain bahagian badan dan menyebabkan kulit
menjadi kuning. Ia berkemungkinan disebabkan oleh proses penyingkiran
bilirubin oleh organ hati yang begitu perlahan.
Paras
kepekatan bilirubin yang begitu tinggi dan berada lama di dalam darah
boleh merosakkan otak bayi. Justeru ibu bapa perlu peka dengan keadaan
bayi kerana kekuningan itu memberi isyarat, bayi perlu mendapat rawatan
segera, tanpa mengira apakah puncanya.
Segera Dapatkan Rawatan
Apa yang
penting, bayi perlu diberi rawatan di hospital secepat mungkin apabila
paras kepekatan bilirubin sangat tinggi. Apa yang penting ia boleh
mengelak terjadinya kenicterus.
Kenicterus
yang asalnya daripada dua perkataan Greek adalah nama yang diberikan
kepada kerosakan otak akibat bilirubin yang berlebihan dan melekat di
otak. Ibu bapa tidak perlu risau sekiranya, paras jaundis bayi adalah
rendah kerana ia tidak begitu membahayakan.
Jenis Jaundis
Selain jaundis biasa terdapat sejenis jaundis yang dikenali sebagai jaundis fisiologikal.
Jaundis ini
berlaku di kalangan bayi yang baru lahir. Pada kebanyakan bayi yang baru
dilahirkan, sel darah merah yang berlebihan akan pecah dan disingkirkan
daripada tubuhnya. Sel-sel darah merah yang terpecah ini pula akan
membebaskan pigmen bilirubin. Ia juga mungkin membebaskan pigmen
bilirubin.
Hal ini
terjadi, disebabkan hati bayi yang baru lahir itu belum matang dan tidak
mampu mengendalikan penghasilan bilirubin yang berlebihan. Ini juga
bermakna bilirubin ini tidak dapat disingkirkan dengan secepat yang
dikehendaki lantas mengakibatkan jaundis.
Biasanya jaundis fisiologikal ini berlaku di kalangan bayi yang berusia 3 - 4 hari dan mungkin berlarutan sehingga 5 - 7 hari.
Punca Jaundis
Perbezaan
kumpulan darah antara ibu dan anak juga boleh menyebabkan jaundis.
Selain itu jaundis mungkin juga disebabkan sel darah merah yang tidak
normal seperti kekurangan G6PD (Glucose-6-Phosphate- Dehydrogenase).
Bayi yang menghidap jangkitan boleh juga mendapat jaundis. Bawalah anak
ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
sumber: Penerangan.gov.my
Shaklee ada menyediakan Set Jaundice / Kuning bagi mengelak bayi anda daripada mengidap penyakit ini. Dapatkannya daripada saya dengan harga yang istimewa..
Kredit To :
****************************************
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini atau ingin menjadi ahli bagi menambahkan sumber pendapatan, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.
H/P: 019-3131 395 atau
Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim
No comments:
Post a Comment