Hari ini saya nak share tentang makanan yang perlu dielak semasa kita menyusukan bayi kita. Begitu ramai para ibu yang sangat prihatin apa yang boleh makan dan tidak boleh makan ketika mereka hamil. Tapi mereka lupa, terdapat juga satu dietary guidelines yang mereka perlu ikut apabila menyusukan si kecil mereka. Tidak hairanlah jika sesetengah ibu yang menyusukan anak mendapati anak mereka selalu tidak sihat dan mengalami sakit perut. Ini kerana, semuanya berkaitan engan pemakanan yang dimakan oleh para ibu.
Bayi
bergantung sepenuhnya kepada susu ibu bagi memenuhi keperluan
pemakanannya, terutama sepanjang tempoh beberapa bulan pertama
kehidupannya. Jadi apa saja yang ibu makan dan minum, akan “disalurkan”
terus kepada bayi ketika menyusu seterusnya memberikan kesan pada
kesihatan bayi. Oleh itu amatlah penting bagi wanita yang menyusukan
bayi harus mengamalkan diet pemakanan yang seimbang.
Pelbagai
makanan boleh diambil ketika menyusukan si kecil, tetapi ada sesetengah
makanan yang dimakan, boleh memudaratkan kesihatan dan perkembangan
bayi anda. Salah satu tips yang boleh digunakan untuk track kesan
pemakanan ibu terhadap bayi anda ialah untuk adakan diari makanan.
Melalui diari makanan, kita dapat mengetahui makanan apa yang memberi
tindak balas yang negatif pada bayi anda.
1. Memakan terlalu banyak buah-buah citrus
seperti lemon, limau, oren, dan limau gedang. Ia boleh mengganggu
sistem gastro-usus dan salur penghadaman bayi yang belum matang. Bayi
yang sensitif terhadap buah citrus dalam susu ibu mungkin mudah
mengalami ruam lampin. Makanlah buah-buahan tropikal yang lain seperti
buah mangga, jambu batu atau epal atau hadkan pengambilan buah-buah
citrus.
2. Makanan laut dengan kandungan merkuri yang tinggi
seperti ikan yu, ikan todak dan tenggiri. Tahap merkuri yang tinggi
akan menjejaskan otak dan sistem saraf bayi anda. Pilihlah makanan laut
yang rendah kandungan merkuri termasuklah udang, salmon, tuna dalam tin,
dan ikan air tawar.
3. Memakan makanan yang diketahui mengalami alahan makanan.
Bayi mungkin akan mengalami alahan yang sama sehingga mengalami sakit
perut, mempunyai masalah tidur, atau gatal-gatal, ruam, dan ekzema atau
pernafasan yang berbunyi.
4. Meminum alcohol, bukan saja dilarang dalam Islam tetapi juga boleh dirembeskan ke dalam susu ibu.
5. Pengambilan caffeine dalam minuman.
Minuman bercaffeine seperti kopi, teh, minuman ringan, minuman tenaga,
dan minuman bercoklat boleh dirembeskan ke dalam susu ibu akan
menyebabkan gangguan tidur pada bayi.
6) Coklat juga mengandungi caffeine yang akan membuatkan bayi kembung perut. Oleh itu, para ibu harus menghadkan pengambilan coklat ketika menyusu.
7) Pengambilan sesetengah sayur seperti kobis, kobis bunga, timun dan brokoli boleh menyebabkan bayi anda kembung perut.
8) Makanan pedas seperti kari,
boleh menyebabkan bayi sakit perut, jadi makan dalam jumlah yang
terhad. Perhatikan jika bayi anda mengalami sakit perut, cirit-birit
atau muntah-muntah, yang mungkin menunjukkan bahawa sistem penghadaman
bayi anda yang sensitif tidak boleh menerima makanan ini.
9) Pengambilan makanan yang tinggi lemak tepu dan trans-lemak
sangat tidak bagus untuk bayi anda. Ini adalah kerana, lemak tepu dan
trans-lemak boleh mengurangkan pengeluaran Omega-3 yang penting untuk
pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sempurna.
PERLUKAH DIET UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN??
Kredit To :
****************************************
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini atau ingin menjadi ahli bagi menambahkan sumber pendapatan, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.
H/P: 019-3131 395 atau
Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim
No comments:
Post a Comment