Tuesday 25 February 2014

Kenapa Saya Pilih Shaklee Dulu Kini Dan Selamanya?

** Entry ini adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri, tiada kena mengena atau di pengaruhi oleh unsur unsur luar yang tidak berkaitan.

Kenapa Shaklee? Kenapa bukan jenama lain?

Kerana Shaklee Berkesan. Bab berkesan ke atas kajian klinikal dan research itu cerita lain. Memang dah terbukti dengan penerbitan jurnal jurnal dan diiktiraf oleh badan badan yang arif tentang vitamin dan supplemen. Ini adalah bab berkesan ke atas diri sendiri dan keluarga yang mengamalkan vitamin ini. Mula jatuh cinta selepas mengambil Set Berpantang Shaklee. Shaklee works amazing. Luka cepat sangat baik. 3 hari selepas melahirkan no more jln terkedek kedek pedo pedo terkepit kepit sebab sakit luka jahitan. TIADA. Alhamdulillah. Badan rasa lebih energetic, tak mengantuk, tak rasa letih. Dapat pulak "side effect", my sinus yang teruk dari zaman sekolah menengah gone.. secara tidak langsung. Anak sulung pulak yang setiap bulan kena visit klinik for nebulizer, Alhamdulillah skarang dah dekat 3 tahun bebas nebulizer.



Kerana Shaklee Selamat. In terms of food safety. No artificial drugs or chemical. Juga dari segi pengiktirafan HALAL. Bila orang dok kecoh kecoh pasal bovine yang terkandung dalam Lecithin Shaklee. Saya tidak was was menggunakannya. Wakil pengedar Shaklee di Malaysia melawat sendiri ke tempat pemprosesan di mana lembu lembu yang disembelih diasingkan untuk memastikan status HALAL nya. Alhamdulillah. Dari aspek menjana income pun ianya selamat. Syarikat yang kukuh sudah lebih 50 tahun beroperasi. Sistem MLM yang patuh syariah. Ada proses akad jual beli. Pembayaran bonus dari sumber yang jelas bukan dengan cara menaja ahli baru sahaja dan bukan dengan cara menindas. Tiada istilah orang atas goyang kaki orang bawah kerja separuh mati. Adil dan saksama. Sama rata. Siapa kerja kuat dia dapat. 


Kerana Shaklee semulajadi. Dulu saya tak berapa peduli hal nih. Bila anak nombor 2 kena eczema, saya mula mencari benda benda semulajadi untuk merawat eczema nya. Alhamdulillah. Lagi sekali bersyukur dipertemukan dengan Shaklee. Bukan hanya sekadar supplemen, malahan saya tukar produk cuci mencuci di rumah juga kepada yang semulajadi. Kesan penggunaan bahan yang banyak chemical nih bukan untuk kita sahaja malahan untuk anak anak kita juga. Kalau ada pilihan untuk guna yang semulajadi. Itu lebih baik. Menjadi tanggungjawab kita untuk mencari alternatif dalam memperbaiki kualiti kehidupan kita.

Di sebabkan yakin dan percaya dengan perkara perkara di atas lah yang menyebabkan saya tidak teragak agak untuk mendaftar menjadi ahli Shaklee seterusnya serius untuk menyebarkan kebaikan jadi ahli Shaklee dan kebaikan produk produk yang Shaklee pasarkan kepada semua orang. Menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa mencari yang terbaik dan lakukan yang terbaik untuk diri dan masyarakat sekeliling kita. Alhamdulillah. Saya tak buat pilihan yang salah. Saya berada di landasan yang betul dan benar.


Kredit To : Hasliana

****************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini atau ingin menjadi ahli bagi menambahkan sumber pendapatan, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

H/P: 019-3131 395 atau
Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim 

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...