Susu ibu merupakan nutrisi yang terbaik dalam membentuk tumbesaran dan perkembangan bayi. Susu ibu jika digunakan sepenuhnya, ia membantu mengurangkan kadar kematian bayi yang tinggi terutama di negara negara yang membangun. Walaubagaimanapun, masih terdapat ibu-ibu di luar sana yang mungkin masih lagi tidak menyedarinya. Selain itu, terdapat juga pelbagai dongeng yang disogokkan mengenai penyusuan susu ibu ini. Di sini di senaraikan beberapa mitos dan fakta berkait dengan susu ibu.
Mitos 1 :
Bagi memastikan bayi mendapat air yang cukup, ibu juga perlu memberi bayi mereka air masak selain daripada menyusukan mereka.
Fakta 1 :
Bayi yang normal dilahirkan dengan mempunyai simpanan air yang cukup dalam tubuhnya bagi memastikan mereka tidak terhidrat sehinggalah susu ibu diberikan. Susu ibu pula, mampu merubah suhunya mengikut cuaca supaya ia mampu menghilang dahaga pada bayi dan seterusnya mengenyangkan mereka. Untuk mengetahui samada bayi anda mengalami dehidrasi atau tidak perhatikan keadaan urin yang dihasilkannya. Jika mereka sudah mengeluarkan antara 6 - 8 liter urin, maksudnya susu yang diberi mencukupi.
Mitos 2 :
Saya perlu mengurut perlahan puting terlebih dahulu sebelum menyusukan bayi.
Fakta 2 :
Payudara seorang wanita memang telah dicipta secara semulajadi bagi tujuan menyusukan bayi. Oleh sebab itu, tiada urutan yang perlu dilakukan malahan perlakuan tersebut boleh mengakibatkan kesakitan pada puting anda.
Mitos 3 :
Saya mesti menggunakan kedua-dua belah payudara setiap kali menyusukan bayi.
Fakta 3 :
Keadaan ini mungkin memberi kelebihan pada anda kerana ia akan mengimbangkan payudara. Jika bayi anda belum selesai menyusu dan kemudian tukar sebelah lagi, bimbang pula bayi tidak mendapat khasiat yang sepenuhnya. Cuba biarkan bayi anda menyusu di sebelah payudara terlebih dahulu dan menyusu di sebelah lain pada waktu yang lain pula.
Mitos 4 :
Banyaknya susu anda bergantung kepada saiz payudara anda.
Fakta 4 :
Kenyataan di atas salah sama sekali. Jumlah susu yang dihasilkan langsung tidak dipengaruhi oleh saiz payudara. Dengan usaha yang betul dan berterusan penghasilan susu boleh sentiasa dilipat gandakan.
Mitos 5 :
Bayi yang menyusu di dalam botol sahaja yang berisiko mengalami kembung perut manakala yang menyusu badan tidak.
Fakta 5 :
Malangnya, mana mana bayi yang menyusu badan tidak terhindar daripada gejala kembung. Namun pada kebiasaannya, bayi yang menyusu badan ini, susunya lebih mudah dihadamkan berbanding susu formula. Ibu ibu yang menyusukan bayinya juga perlu menjaga pemakanan dengan baik bagi mengelakkan anak-anak kembung.
Mitos 6 :
Apabila anda sudah kembali bekerja, anda boleh berhenti memberikan susu badan kepada bayi.
Fakta 6 :
TIDAK SAMA SEKALI. Anda mestilah menyusukan bayi anda secara terus pada sebelah pagi dan malam. Malahan semasa bekerja, anda boleh mengambil masa rehat dengan mengepam susu bagi tujuan simpanan pada waktu siangnya.
sumber : Majalah iSihat September 2012
Kepada semua ibu ibu diluar sana, pastikan tubuh anda sentiasa sihat dan bertenaga dalam usaha menjayakan penyusuan eksklusif untuk bayi anda. Di Shaklee kami menyediakan Set Penyusuan yang terbaik untuk memastikan kejayaan penyusuan untuk si comel anda.
Kredit To :
****************************************
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini atau ingin menjadi ahli bagi menambahkan sumber pendapatan, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.
H/P: 019-3131 395 atau
Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim
No comments:
Post a Comment