Penemuan baru menunjukkan ikan salmon Pasifik telah dibekalkan peta magnet sejak lahir. Tidak menghairankan jika ikan ini menetas di akuarium buatan manusia sekalipun, ikan salmon ini akan sentiasa bergerak mengikuti laluan yang telah menjadi kebiasaan nenek moyang mereka.
Penyelidik dari Oregon State University menyiarkan laporan tentang
beratus-ratus anak ikan jenis Salmon Chinook dalam hubungannya dengan
medan magnet di pusat penyelidikan penetasan Oregon. Ikan-ikan ini
menunjukkan respon pada pergeseran medan magnet buatan dan kemudian
ikan-ikan ini akan menuju ke kawasan sumber makanan.
"Menariknya adalah tentang percubaan ini, ikan yang kami uji tidak
pernah meninggalkan tempat penetasan dan dari hal itu kami tahu bahawa
respon mereka bukan kerana belajar atau berdasarkan pengalaman, tetapi
lebih kepada warisan " kata ketua penyelidik Nathan Putman.
Kisah tentang ikan salmon memang sangat menarik. Setiap tahun ikan-ikan
salmon dewasa berhijrah semula ke air tawar sejauh ratusan hingga ribuan
klometer dari laut untuk bertelur dan mat. Anak-anak yang ditetaskan
dari telur-telur itu akan kembali (berdasarkan kajian ini) mengharungi
wilayah keturunan mereka dengan GPS.
SUMBER : luvislam92
No comments:
Post a Comment