Monday 24 February 2014

Tips Pengambilan Supplemen Untuk Hasil Optimum




Ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat apa-apa 

manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement mereka disebabkan oleh beberapa 

faktor :




1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.

Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang 

bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta 

menyebabkan kegemukan.Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila 

mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan 

lebih baik.




2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.


Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita 

hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur 

sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan 

pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah

 tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah 

pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.









3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.


Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat

 secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah 

bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya

 selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada

 waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan

, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.



4. Kurangkan pengambilan kafien dalam diet harian.


Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? 

Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan

vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang 

diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara

berterusan. 



5. Pantang larang makan vitamin.



Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil 

bersama air susu? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Tahukah

 anda vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu 

penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia. Ada beberapa lagi yang perlu kita ketahui 

seperti pengambilan Alfalfa tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh 

mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.





TIPS PENGAMBILAN SUPLEMEN UNTUK IBU MENYUSU.

Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Utamakan niat 


yang utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan dikhuatiri 

pengambilan air tidak sekata. Sekiranya anda membeli, maka dapatkan jadual makan yang

betul dan pastikan anda tahu fungsi kebaikan vitamin yang anda beli!

Kredit To : Deqna

****************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini atau ingin menjadi ahli bagi menambahkan sumber pendapatan, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

H/P: 019-3131 395 atau
Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim 

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...