Monday 24 February 2014

Pantang Larang Semasa Berpantang (Confinement)


Urghhh...pantang 44 hari adalah tempoh masa yang amat MENAKUTKAN.. hehe.. at least it is for me.. saya kini mempunyai dua orang cahamata dan Alhamdulillah saya survived 88 hari tempoh berpantang tersebut..hehe..tapi ada beberapa perkara yang harus kita ambil tau semasa berpantang ni..let check dis out!



Semasa berpantang, ada sesetengah makanan yang tidak boleh dijamah oleh ibu. Namun, makanan tersebut perlu diganti dengan makanan yang mengandungi zat yang sama supaya para ibu mendapat diet yang seimbang.


Wanita yang bergelar ibu dinasihatkan supaya  mungkin dinasihatkan untuk mengambil makanan berkhasiat terutama yang mengandungi protein dan zat besi seperti daging tanpa lemak, daging lembu, ayam dan telur. 

Perlu diingatkan bahawa telur mentah atau kurang masak seperti telur separuh masak yang sangat digemari di negara kita mesti dielakkan kerana ia mungkin mengandungi bakteria salmonela. Bukan itu sahaja daging perlulah dipastikan betul-betul masak dan tiada bahagian yang berwarna merah jambu atau merah. Pastikan airnya jernih, terutama apabila dipanggang atau menjadi sebahagian daripada makanan yang sedia dihidangkan manakala ketika berada di restoran, pesan supaya daging dimasak sepenuhnya dan elakkan ikan dan daging mentah seperti sushi dan ‘yee sang’. 


DIET KHAS

Diet masyarakat Cina – Anda perlu makan pelbagai makanan yang ‘memanaskan’ badan. Ini termasuklah halia dan tonik tradisional yang dimasak dengan herba. Makanan yang disediakan dengan bahan itu dipercayai dapat memperbaiki pengaliran darah dan menguatkan sendi.
Diet masyarakat Melayu – Anda akan digalakkan memakan ikan segar seperti ikan haruan untuk menyembuhkan bahagian dalaman badan. Sesetengah ikan seperti ikan kembung dan lain-lain makanan laut seperti kerang, udang dan kerang mesti dielakkan kerana ia boleh menyebabkan alahan dan kegatalan.
Diet masyarakat India – Sesetengah sayuran jenis labu seperti lauki dan tori dipercayai dapat meningkatkan pengeluaran susu. Daun sirih juga dapat membantu dalam penyusuan.


MAKANAN BERKHASIAT

Jika merawat diri tetapi tidak berpantang semasa makan samalah seperti mandi tidak bersabun. Pada minggu awal bersalin eloklah memakan makanan yang kering bagi tujuan mengecutkan rahim. Hidangan yang pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak tidak elok untuk dimakan. Menurut pendapat orang tua-tua atau bidan kampung, mereka akan mengatakan ianya adalah untuk mengelakkan meroyan atau tempat peranakan menjadi licin dan tidak kembali ke tempat asalnya. Minum air batu atau minum terlalu banyak air juga akan menyebabkan urat dan peranakan menjadi kembang.Tetapi sejauh mana kebenaran hal ini masih belum dapat dipastikan lagi. Namun perkara yang jelas ialah mengamalkan pantang semasa makan selepas bersalin akan membuatkan kaum ibu kembali sihat malahan anggun dan ceria kerana mengurangkan pengambilan lemak, gula dan minyak yang berlebihan.

Sebenarnya banyak hidangan yang boleh dijadikan menu untuk ibu-ibu bersalin, antaranya dengan cara pemasakan yang berbeza, misalnya dipanggang, direbus atau dikukus.

Sementara itu lada hitam , halia, serai, asam gelugur dan rempah ratus adalah perisa-perisa yang dapat membangkitkan selera makan kaum ibu. Selain itu, ulam-ulaman seperti pegaga (Centella Asiatica), kunyit (Curcuma Domestica), halia (Zingiber Officinale), cekur (Kaempferia Galanga), mengkudu (Morinda Citrifolia) dan sebagainya boleh mengimbangi diet di dalam makanan mereka di samping mempunyai khasiat yang tinggi untuk tujuan rawatan semasa berpantang. Menurut orang-orang tua, buah mengkudu (Morinda Citrifolia) jika dimakan mentah-mentah ianya mempunyai khasiat yang sama dengan seperiuk ubat akar kayu. Cara memakannya ialah dimakan dengan sedikit garam dan terus ditelan. Ia tidak boleh dikunyah kerana boleh menyebabkan mulut berasa terbakar.
Makanan yang menyebabkan angin patut dielakkan. Angin atau dalam bahasa saintifiknya 'Flatulence' boleh didefinisikan sebagai situasi di mana seseorang berasa sangat kenyang. Menurut Mary Easaw, Pengurus Dietetik & Dietari di Institut Jantung Negara, selain dari beberapa faktor tertentu, makanan turut menjadi penyumbang kepada masalah angin. Masalah angin yang disebabkan oleh makanan adalah berbeza dari seorang individu dengan individu yang lain.
 
MINUM AIR AKAR KAYU DAN JAMU
         Semasa tempoh berpantang ibu-ibu digalakkan meminum air akar kayu dan jamu yang boleh dibeli terus dari penjual-penjual ubatan tradisional. Minum air akar kayu dan jamu dapat menyihatkan badan di samping mengembalikan kesegaran kaum ibu sepanjang tempoh berpantang. Minum air akar kayu turut membantu mengecutkan rahim secara rawatan dalaman kerana khasiat dari campuran herba akar kayu yang digunakan.




Cara minum air akar kayu dan jamu turut mempunyai petua dan cara yang tersendiri. Caranya, tekan ibu jari kaki kanan dengan ibu jari kaki kiri supaya rahim dan punggung tidak kembang. Tangan kiri digunakan untuk mengampu payudara agar tegang sentiasa. Selawat sebanyak tiga kali, tarik nafas dan kempiskan perut agar perut tidak buncit. Minum secara senafas agar tidak terasa mual.

TETAPI!! Harus diingat bahawa jika anak anda mengalami sakit kuning (jaundis), anda digalakkan untuk memberhentikan pengambilan jamu2 kerana dikhuatiri memburukkan lagi keadaan anak, terutamanya bagi ibu yang menyusukan anak (which is the best thing to do!) selepas bersalin..

Ingin tahu tentang Set Berpantang kami yang selamat biarpun bayi anda menghidapi demam kuning malahan boleh membantu menurunkan paras bilirubin anak jika anda menyusukannya selepas mengamalkan set kami ini?? CLICK HERE!

Kredit To : Deqna

****************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini atau ingin menjadi ahli bagi menambahkan sumber pendapatan, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

H/P: 019-3131 395 atau
Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim 

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...