Teruja Sesangat!!! |Persiapan Raya | Balik Raya | Pasti ramai di antara yang teruja untuk menyambut raya kan? Saya pun sama sebenarnya lebih-lebih lagi raya tahun ni saya dah dapat partner gegirl. Kalau raya sebelum ni, saya seorang je gegirl dalam family... Alhamdulillah pada kali ni Delisha akan jadi geng dengan Mama dia. :)
Keterujaan saya menyambut raya kali ni telah membuatkan saya sanggup menjahitkan manik untuk baju kurung Delisha. Asalnya baju kurung ni kosong je tapi bagi menterjemahkan nya ke dalam suasana raya, saya sanggup meletak manik ke atasnya. So, inilah hasilnya...
Blink2x Untuk Puteri Tersayang... :)
Ini tak bermakna saya mengabaikan persiapan raya untuk boboiboy saya tau. Baik untuk suami atau anak-anak boiboy saya, segala kelengkapan raya untuk mereka sebenarnya dah siap gak hasil daripada beberapa kali shopping raya. Pergh!!! Penat wo.... Niat asal hanya untuk shopping raya sekali je tapi oleh dek kerana tak jumpa baju yang berkenan di hati, tu yang jadi shopping berkali-kali tu. Walaupun berkali-kali, tapi masih dalam bajet ye...Ha! Ha! Ha!
Okaylah, selamat membuat persiapan raya untuk semua. Bagi mereka yang bercadang nak balik kampung tu, pihak PLUS telah pun mengeluarkan Jadual Perjalanan Raya. So marilah kita merancang perjalanan balik kampung kita dengan sebaiknya. :)
Wallhua'lam
salam. untung la...persiapan raya sy masih 0% hukhuk
ReplyDeleteYg dah berfamily memang kena prepare awal...
DeleteKlu bujang tu xpe lg... Mlm raya pun masih boleh shopping lagi... :)
Tinggal nak kemas rumah...sedia bekas2 biskut raya dan persediaan bahan2 basah untuk juadah pagi raya jer kan...
ReplyDeletedah siap untuk raya nie? saya tunggu hujung2 baru ada feel nak raya... hahaha
ReplyDeletewaaa...
ReplyDeleterajinnye jahit manik ...nice!