Weekend lepas kami sekeluarga telah balik ke rumah Ibu hubby di Semenyih untuk berbuka bersama. On the way ke sana tu saya nampak banyak gerai menjual durian di bahu jalan. Memang sodap makan durian ni kan tapi saya lebih gemar makan gulai tempoyak dalam puasa ni... Setuju kan? Oleh itu hari ni saya nak share 1 resepi yang berasaskan tempoyak. Pasti lazat.... Mmmmm....
Gulai Tempoyak Ikan Kembung
Bahan-Bahan:
1 kg ikan kembung (dipotong dua)
1 ikat taugeh kasar
1 cawan tempoyak
1 batang serai 10 biji cili padi
Serbuk kunyit
Garam
Cara Memasak:
1. Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang telah dititik.
2. Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat.
3. Masukkan serbuk kunyit dan garam
4. Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk dihidang.
***********
Jom join GA saya ni ye :
No comments:
Post a Comment