Tuesday 1 July 2014

Giveaway Puasa - RM50 By SueAKGoGeous

Giveaway Puasa | RM50 | SueAKGoGeous

GA | GoGoeous Lover | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Dapat invitation dari blogger Suriana Abdul Kadir yang mengajak saya untuk join GA beliau : http://sueakgogeous.blogspot.com/2014/06/giveaway-puasa-rm50.html

Hanya perlu buat 6 langkah mudah untuk join GA ni. Nak detail sila KLIK SINI atau banner di atas ye. Untuk syarat entry yg ke-6, kena citer pengalaman menarik berpuasa di bulan Ramadhan. Mmm.. setelah penat memikir, berikut adalah cerita dari saya. Lebih kepada pengalaman menyambut Ramadhan. Diharapkan entry nie diterima oleh pihak penganjur... He! He! He!..


Pengalaman Menyambut Ramadhan

Kisah ini baru berlaku pada weekend yang lepas. Kami adik beradik (12 orang) telah berpakat untuk menyambut Ramadhan bersama di rumah Abah dan Emak di Felda Soeharto. Hanya adik lelaki ku, Adib, tak dapat bersama kerana komitmen tugas yang tak dapat dielakkan.

Pada hari Sabtu tu, selepas berjaya dengan misi untuk membeli baju raya, saya sekeluarga antara yang tiba awal di kampung iaitu dalam jam 2.oo petang. Melainkan adik-adik ku yang bujang yang memang sudah berada di kampung, keluarga yang lain masih belum muncul lagi. 

Selesai mengerjakan solat Asar, saya dan suami beserta adik perempuanku Shaheera, bergerak ke Behrang untuk ke Pasar Raya TF. Kami membeli sedikit keperluan dapur bagi persediaan dinner malam nanti dan juga sahur. Dah alang-alang sampai ke pasaraya ni, saya pun bagitau suami untuk membeli barangan untuk membuat kek. Suami pun setuju..

Dipendekkan citer, selepas kaum lelaki berangkat ke surau untuk mengerjakan solat Isyak dan Terawikh berjemaah, saya pun menyingsing lengan ke dapur untuk memulakan projek memasak kek. Sambil dibantu oleh adik bongsuku, Adik Qie, kami pun menyediakan adunan kek itu bersama. Buat makluman semua, nilah 1st time saya buat kek coklat di kampung. Keberanian ini timbul selepas beberapa eksperimen yang dijalankan di rumah sendiri berhasil. Istimewanya kek coklat ini adalah ianya tidak perlu dimasak menggunakan oven. Hanya perlu dikukus sahaja.

Selesai kaum lelaki balik ke rumah dari surau, kek masih belum siap di masak lagi. Sambil menonton tv yang kerap bertukar channel nya (maklumlah ramai..) kami berbual mesra. Memang dah lama kami tak berkumpul ramai sebegini. Masing-masing tertunggu-tunggu kek Kak Ngah yang dijangka masak dalam jam 11.15 malam.

Masa yang dinanti sudah tiba. Selepas letak sedikit topping dan hiasan yang ala kadar, kek pun di hidangkan. Berat kek yang dianggarkan >2 kg ni pun mula di potong dan diedarkan kepada semua. Feedback yang ditunggu-tunggu sudah menjelma dan rata-ratanya memuji tentang kelembutan, kesedapan dan kelazatan kek ini. Siap minta resepi dan ada yang mengesyorkan untuk buat bisnes online pun ada. Alhamdulillah...

Begitulah sedikit pengalaman menyambut Ramadhan saya sekeluarga. Memang indah kenangan malam itu kerana kek yang ku buat menjadi....

Wallahua'lam...

2 comments:

  1. Salam Hafizah...
    Thanks for joining..
    All the best ye :)

    ReplyDelete
  2. Semoga berjaya ye kak.. hehehe nanti mai la join GA ena lak.. mana tahu ada rezeki kat situ...

    http://www.ladyainaa.com/2014/07/giveaway-duit-raya-gempak-2014-by-ainaa.html

    ReplyDelete

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...