Thursday 3 July 2014

Tazkirah - Gambaran Suasana Di Padang Mahsyar !! (Bahagian 1)

Tazkirah | Gambaran | Suasana | Padang Mahsyar | Pernahkah kita duduk sejenak berfikir tentang Padang Mahsyar? Bagaimana keadaan umat Manusia ketika itu dan sebagainya? Mungkin gambaran terdekat yang kita boleh ambik contoh ialah tentang hebatnya suasana ketika umat Islam mengerjakan ibadah wukuf di Arafah bagi melengkapkan rukun Haji. Mungkinkah ia hanya 1/1000 daripada keadaan sebenar di Padang Mahsyar nanti.. Wallhua'alam...
 
Gambaran | Suasana | Padang Mahsyar | Shaklee | Sg. Buloh | Setiawangsa

 Himpunan Jemaah Haji Di Padang Arafah


Berikut adalah sedikit catatan yang saya perolehi yang menceritakan tentang gambaran suasana di Padang Mahsyar.

*******************

Kata Ustaz, Mahsyar ni punya la lama sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kite akan berada di alam Mahsyar. Para sahabat Rasulullah saw tanye, Mahsyar kat mane? Jawab Rasulullah saw, Mahsyar ni di bumi ini sendiri di mane bumi ini dihamparkan. Tak de pokok, tak de sungai, gunung ganang,tempat berteduh dan tiada bertepian. Ini terjadi bile Malaikat Israfil tiup sangka kala pada pertama kali. Kali kedua Malaikat Israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing2 dalam keadaan yang sungguh terpinga2. lalu manusia bertanye sesame sendiri, Dimana kita? Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke Mahsyar. 

Bayangkan manusia seluruhnya dari zaman Nabi Adam sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke Mahsyar. Rujuk surah Yasin ayat 52-54. ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluq pada hari tu. Saidatina Aisyah ra pernah bertanya Rasulullah saw, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita. Lalu dijawab Nabi saw dengan memetik ayat quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri. Rujuk surah A'basa ayat 37(80:37).         
 
Ada yang ke Mahsyar dengan menunggang binatang, Ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan dan yang istimewa dibawa oleh Malaikat Munkar dan Nankir. Bila sampai di Mahsyar, perbicaraan tak berjalan lagi. Kena tunggu entah berapa lama. Lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada Nabi Adam as hanya untuk meminta syafaat untuk Allah percepatkan hisab. Jawab Nabi Adam dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa. Pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh Rasul Ulul Azmi, bermula Nabi Nuh, Nabi Musa, Nabi Isa, dan Nabi Ibrahim tetapi diorang semua hanya berdoa keselamatan diri masing2. Lalu pergi semua manusia kepada Nabi Muhammad saw, lalu baginda berdoa dan Allah memperkenankan untuk mempercepatkan hisab.       
 
Bayangkan semasa menanti perbicaraan, ada orang dah mintak kat Allah awal2 agar disegerakan masuk ke neraka sebab tak tahan lamanya berdiri di Mahsyar. Bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kite je, dek padatnya manusia pada hari tu.          


Bersambung....

1 comment:

  1. Hurmmm tak dapat ena bayangkan nanti bila ada di padang masyhar. Takut mengenangkan nasib sendiri nanti. Ya Allah

    ReplyDelete

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...