Ini berikutan dari kekejaman tentera Israel yang telah mengistiharkan perang 3 keatas Gaza. Operasi yang diberi nama "Operasi Batu Konkrit" setakat ini dilaporkan telah meragut lebih 70 nyawa rakyat Palestin.
Kita sebagai umat Islam wajib membantu mereka dengan sekurang-kurangnya membacakan doa untuk keselamatan dan kesejahteraan mereka. Di antara doa yang mahsyur dan disyorkan untuk kita baca adalah doa Qunut Nazilah.
PANDUAN QUNUT NAZILAH
Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.
CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH
Qunut
Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib,
Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari
Ruku’ untuk ‘Itidal.
Doa
dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa
tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:
1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran
3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .
Peringatan:
· Jika
para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah
membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah
ini boleh dibaca selepas solat.
· Imam hendaklah memberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.
GAZA SEDANG DISERANG SEKARANG!!
Gaza sedang diserang saat ini ketika penduduk Gaza sedang bersahur!!Ayuh QUNUT NAZILAH!!
Sumber : JAKIM & perlingputih
semoga Allah melindungi mereka .
ReplyDeletesama-sama kita berdoa...
ReplyDeleteAllahuakbar..
ReplyDelete