Zakat Simpanan merupakan salah satu cabang daripada harta-harta yang di wajibkan zakat. Tetapi ramai diantara kita tidak menyedarinya kan...
Zakat-Zakat Yang Wajib Di Keluarkan
Baru-baru ni suami telah menguruskan zakat simpanan untuk
wang simpanan arwah Papa. Dengan bimbingan dan tunjuk ajar yang di beri oleh
Pegawai Zakat dari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), urusan tersebut telah
siap dan selesai pada hari Isnin yang lepas… Alhamdulillah..
Agensi Yang Menguruskan Zakat Di selangor
Bukan nak cerita pasal jumlah yang telah di keluarkan, cuma nak
berkongsi tentang kadar yang wajib di keluarkan oleh setiap penyimpan wang dan
beberapa syarat yang lain.
Berikut adalah beberapa garis panduan untuk semua :
1)
Hanya 2.5% daripada jumlah minimum pada tahun berkenaan
perlu dikeluarkan zakat.2) Dan wang yang disimpan mesti mencukupi “Haul” atau “Jumlah” yang di tetapkan pada tahun tersebut.
3) Dan wang tersebut telah cukup setahun dalam akaun bank berkenaan.
“Haul” atau “Jumlah” minimum yang
wajib dikeluarkan zakat adalah berbeza mengikut tahun.
Tahun
|
Jumlah Minimum
(Haul)
|
2004
|
RM 3900
|
2005
|
RM 4200
|
2006
|
RM 4500
|
2007
|
RM 6100
|
2008
|
RM 6400
|
2009
|
RM 7900
|
2010
|
RM 9000
|
2011
|
RM 10,650
|
2012
|
RM 13,000
|
2013
|
RM 13,140
|
Carta di atas hanyalah untuk Tahun 2004 hingga 2013 untuk
negeri Selangor. Jika pembaca ingin mendapatkan “Haul” untuk tahun
yang lain, boleh layari Pusat Zakat negeri masing-masing untuk keterangan lebih
lanjut.
Daripada wang zakat yang dikeluarkan itu, ianya akan disalurkan kepada 8 golongan yang layak menerima zakat.
8 Golongan Asnaf Yang Boleh Menerima Zakat
Semoga info yang ringkas dapat memberi manfaat pada semua.
Wallahualam…
No comments:
Post a Comment