Sedikit demi sedikit rakyat Malaysia mula melupakannya tetapi bukan bagi mereka yang kehilangan yang tersayang. Semoga misteri kehilangan pesawat ini akan dirungkai tidak lama lagi.
Terjumpa satu artikel menarik yang boleh dikongsikan bersama seperti dibawah.
Wallahua'lam,,
************
Dari perkiraan aku sendiri dah 75 hari pesawat MH370 lenyap & ghaib
dari pandangan mata kita bersama anak kapal & penumpang. Mungkin
ramai dah semakin tidak peduli.. tidak simpati & tiada apa2 rasa
lagi pada trajedi MH370 ni tapi pada aku ia masih menjadi persoalan yang
takde jawapan & menjadi satu trajedi yang sedih bila di kenang.
Sedih sangat sampai bila ternampak satu post kat FB yang berkongsi satu kereta yang di katakan pemiliknya salah seorang penumpang MH370 yang masih hilang.. serius terus sebak even tengok gambar kereta je.
Nasib mereka takde siapa yang tahu.. apa yang berlaku kita rakyat yang
tak ada kuasa atau kepakaran untuk mendapat maklumat sebenar kehilangan
MH370 hanya boleh membuat andaian & menjawab teka teki yang tiada
jawapan pasti. Apapun aku masih berpegang dengan 1 kepercayaan.. Semua
ni masih menjadi rahsia Allah bukan kerana manusia hebat menyembunyikan
kebenaran tapi Allah masih belum mengizinkan kebenaran itu di bongkar.
Allah tahu bila waktu terbaik untuk segala misteri ni berjawapan.
Sebagai hamba.. teruslah berdoa untuk semua mangsa yang terlibat dalam trajedi kehilangan penuh misteri pesawat MH370. Semoga mereka berada di tempat yang terbaik tak kira hidup atau mati.
Sedih sangat sampai bila ternampak satu post kat FB yang berkongsi satu kereta yang di katakan pemiliknya salah seorang penumpang MH370 yang masih hilang.. serius terus sebak even tengok gambar kereta je.
Sumber Gambar FB Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Sebagai hamba.. teruslah berdoa untuk semua mangsa yang terlibat dalam trajedi kehilangan penuh misteri pesawat MH370. Semoga mereka berada di tempat yang terbaik tak kira hidup atau mati.
Kredit To : Azim Pauzi
No comments:
Post a Comment