Marilah kita bermuhasabah diri dang menjadikan tips di bawah ini sebagai panduan.
1) Situasi : Baju kotor Dan Rumah Bersepah
Biarkan anak habiskan main dan bila anak2 melihat muka kita jangan ada mimik marah, jeling atau masam. Cuba senyum (dengan semulajadi ia akan sampai ke otak dan turun ke hati akan berbisik subhanallah Ya Rabb aku amat bersyukur kerana mempunyai zuriat yg cukup sifat, comel, mencuit hati, sihat dan aktif). Pandanglah anak-anak kita seperti kain putih masih suci tiada dosa.
2) Situasi : Panjat, Jerit Dan Tak Dengar Kata
Praktikkan pergi pada anak peluk berkata dengan perkataan lembut sangat2 dengan penuh kasih sayang beserta gosoklah dadanya dan explain pada anak apa yg kita nak anak buat.
3) Situasi : Anak Kurang Mesra Dengan Kita
Luangkan dan lebihkan masa bersama anak-anak. Join sekali semasa anak-anak tengah main dan berguraulah dengan mereka. Insyallah bila anak-anak melihat ibunya pun bermain selalu dengan mereka pasti anak-anak akan berubah.
Sekiranya kita betul-betul tak dapat control, kita lihatlah wajah anak-anak seperti esok kita dah tak jumpa anak mereka lagi. Harus sentiasa tersemat dalam fikiran kita bahawa anak-anak bukan hak kita tetapi merupakan amanah Allah s.w.t kepada kita. Jangan sesekali ingat hak kita! Beri mereka didikan dan kasih sayang.
4) Situasi : Lambat Untuk Berubah
Setiap malam amalkan membaca selawat 3x, 3 Qul, ayat kursi dan tiup ke ubun-ubun anak-anak dan gosok seluruh badannya. Kemudian wajib bercakap ke telinganya dengan menyebut namanya dan cakaplah apa yg kita impikan pada anak.
Jika kita dah amalkan sebanyak 3x, Insya-Allah sudah mula nampak perubahan pada anak-anak.
Subhanallah... doa dan bisikan seorang ibu dengan penuh kasih sayang dan ciuman betul-betul ikhlas dapat merubahkan anak tak kira umur sekiranya istiqomah.
5) Situasi : Mudah Marah.
Cuba kita amalkan bila nak marah je istighfar dan senyum pada anak automatic dengan segera berubah mood kita. Anak memang itu fitrahnya apabila kita pukul atau marah anak-anak itu tiada gunanya kerana otaknya masih belum lagi boleh berfikir seperti kita.
Ingatlah Allah swt MAHA pengasih dan Allah swt amat benci kemarahan atau kekasaran.
Kredit : Sharifah Shuwaidah dari Ibubapa Cemerlang.
Ena ni agak baran juga orangnya, hope ena boleh praktian cara ni bila ena dah ada anak nanti. Terima kasih share
ReplyDelete