Thursday 8 May 2014

8 Dialog Popular Aziz Sattar Yang Menjadi Ingatan Peminat Sepanjang Zaman

8 Dialog Popular Aziz Sattar Yang Menjadi Ingatan Peminat Sepanjang Zaman - Bagi peminat filem Melayu lama khususnya filem seniman agung Tan Sri P Ramlee, dialog "Walaupun rupamu tidak ku kenal, tapi lobang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku", pastinya mengundang ingatan kepada filem komedi 'Seniman Bujang Lapok'.



Dialog itu yang pernah menjadi ikutan ramai diungkap oleh watak yang dilakonkan oleh seniman serba boleh tanah air, Datuk Abdul Aziz Sattar atau nama sebenarnya Abdul Azeez Satta yang kembali ke rahmatullah beberapa hari lepas.

Namun begitu bukan itu sahaja dialog yang popular, jom kita lihat kembali antara dialog-dialong yang popular seperti di bawah ini...


BABAK Seniman Bujang Lapok



babak berlakon

1) “Walaupun rupa mu tidak ku kenal tetapi lubang hidungmu tetap jadi pujaan hatiku.

2) Ahmad Nesfu: Aik... itu bedak ke kapur?
Ajis: Bedak tuan....

3) babak jiran sebelah bilik bergaduh suami isteri - “Saudara berbini je pandai tetapi undang-undang bodoh!

BABAK Pendekar Bujang Lapok




babak Ajis baca surat walaupun buta huruf

P Ramlee: Eh apa da terpusing-pusing
Aziz: Cari dia punya kepala la. Sekali syair!...Alkisah... Alkisah tersebutlah kisah. Sang kancil mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Firaun...
P Ramlee: Cit!... mana Firaun pakai sultan...

babak tiga sahabat bertapa - Cobaan...!





BABAK Nujum Pak Belalang



Babak dua perompak, Nyawa (S Shamsudin) dan Badan (Pak Ajis) membahagikan harta dalam gua
Sudin: Satu untuk kau, satu untuk aku, dua untuk kau, dua untuk aku, tiga untuk kau, tiga untuk aku. Lepas tu apa?"
Ajis: Hentam sajalah
Sudin: Hentam sajalah untuk kau, hentam sajalah untuk aku.


BABAK Ali Baba Bujang Lapok


1) babak ketika Ali Baba datang pinjam beras
Ali Baba: Ya kanda, ni surat pajak, ya kanda, apa orang kaya pun selalu masuk pajak gadai ke?
Kassim Baba: Apa kamu fikir orang kaya semua senang ke, kadang-kadang pun sesak la...

2) babak ketika Ali Baba mahu masuk hutan kutip kayu api
Norsiah: Apesal kanda pakai topi besi?
Ali Baba: "Kanda masuk soldier lah..
Norsiah: Kenapa kanda bukak baju tak bukak topi?
Ali Baba: Soldier kena turun pangkat dah..

3) babak Ali Baba mengaku reporter berjumpa dengan Chief Penyamun (sindiran P Ramlee kepada wartawan yang ketika itu berkrisis dengannya)
Ali Baba: Hi
Chief: Hi...kamu ni siapa dah?
Ali Baba: Reporterlah...
Chief: Reporter? .. aku bikin gua dalam hutan pun kau taukah?
Ali Baba: Itu memang saya punya kerjalah


Al-fatihah buat beliau, sumbangan beliau dalam dunia seni perfileman tidak terkira.. sungguh banyak babak yang menjadikan ingatan buat kita dan ianya seakan hidup di dalam diri kita, tanpa jemu kita menonton lakonan beliau.

Kredit To : Taotaujer

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...