Merajuk dan tantrum adalah cara anak-anak menyatakan ketidakpuasan
hatinya. Tantrum adalah ekspres ke luar sementara merajuk ke dalam diri.
Apa yang mereka perlukan semasa itu ialah diyakinkan bahawa anda
menyayangi diri mereka.
Siapa kata mendidik dan membesarkan anak untuk menjadi
individu berwibawa, pengasih dan berkebolehan tinggi ini senang. Itu
sebab ramai ibu bapa mengambil jalan singkat memukul bertalu-talu dan
marah berlebihan supaya anak akan takut. Apa yang tidak disedari kesan
jangka panjang yang akan dirasakan bila mereka remaja atau menjadi
dewasa.
Berikut adalah beberapa tips untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah ini :
Elakkan Dari Anak Merajuk
Sepatutnya kita mesti elakkan anak kita
dari merajuk sebelum dia mula merajuk. Maksudnya, cuba penuhi segala
kemahuan anak kita. Apa yang dia mahu, apa yang dia minta dan apa yang
dia maksudkan. Dengan cara itu kita dapat mengelakkan dia dari merajuk.
Bingit telinga kalau anak start berdendang tangisan....
Cuba Kenali Punca Anak Merajuk
Seandainya anak sedang merajuk, cuba
selidik apa yang menjadi punca menyebabkan dia merajuk. Tanya anak anda
dengan nada lembut dan kasih sayang. Jangan sesekali bertanya dengan
kasar atau dengan nada perli. Anak kita sudah boleh memahami apa yang
kita maksudkan.
Pujuk Anak Yang Sedang Merajuk
Pujuk lah anak anda yang sedang merajuk
dengan sebaik baik pujukan. Elakkan dari terus memarahi, menghukum atau
memukul anak anda kerana hal ini akan menambahkan lagi dia merajuk.
Lebih teruk lagi, mendatangkan trauma kepada anak tersebut.
Sudah Dipujuk Tetapi Masih Lagi Merajuk....
Jika kita sudah memujuk tetapi anak masih
lagi merajuk...biarkan dia seketika. Seperti orang dewasa, kanak-kanak
juga memerlukan masa untuk bersendiri untuk menenangkan diri sendiri.
Jika dia berada di dalam bilik, biarkan seketika. Mungkin dalam 5 hingga
10 minit. Selepas itu barulah dipujuk semula.
Anak Tetap Berkeras dan Masih Merajuk
Jika sudah sampai ke tahap ini (tak makan
saman), cuba suruh orang lain pula untuk memujuk anak anda, bapanya
kah, maid ke, kakak, atok atau sesiapa yang dia rasa senang. Macam aku,
kucing yang ada dalam rumah ni aku letak dekat anak yang sedang merajuk
tu...sure dia cair punya tengok muka kucing tu...mesti dia tak sampai
hati nak sepak terajang kucing tu kan....
Jika semua cara masih juga tidak
berkesan, tidak salah jika kita menggunakan sedikit kekerasan. Kita perlu marah dan menghukum perbuatan yang salah. Namun,
lakukan dengan penuh kasih sayang dan hormat.
Dan bila sudah habis menjalankan hukuman itu, peluk dia dan yakinkan
kasih sayang anda kepadanya. Supaya anak itu faham, yang salah ialah
perbuatannya. Dan yang anda tidak suka ialah perbuatan itu. Dia tetap
anda sayang dan kasih.
Susah? Ya, memang susah, namun ia boleh dilakukan
dan bila anda lakukan anda tidak lagi rasa sedih dan terkilan malah
berasa lega.
Sumber : http://ubikayudankopio.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment