Terjemahan:
“Ya
Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah
berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu,
bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji
setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.
Maka
eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati
ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar),
penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak
kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan
keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan
ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami
mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam
perjuangan agama Mu.
Sesungguhnya
Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah
perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah
junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda
semuanya.”
No comments:
Post a Comment