Monday 20 January 2014

Jangan Ajar Anak Cakap Pelat


Memang seronok melayan bayi bercakap. Dalam bahasa bayi yang kedengaran lucu pasti kita tak kering gusi mendengarnya. Apatah lagi ia disertakan dengan mimik muka si comel yang tidak puas dipandang. Rasa terhibur sangat.

Bayi anda akan mula bercakap dalam bahasanya sendiri tidak kira malam, siang, pagi atau ketika terjaga dari tidur. Keinginannya untuk meningkatkan kemahiran pertuturan perlu diberi galakan. Bagaimanapun jangan sekali-kali anda turut meniru gaya si kecil bercakap. Misalnya ‘aaa’, ‘aaau’, ‘uuu’ dan sebagainya. 

Tanpa anda sedari perbuatan tersebut akan menggalakkan bayi belajar bercakap secara pelat. Anak-anak kecil mudah terpengaruh dengan perkara pertama yang mereka dengar. Untuk merangsang kemahiran pertuturan si kecil, anda perlu rajin bercakap dengan mereka sejak usia bayi lagi.

Walaupun ketika itu bayi anda tidak faham apa yang dituturkan tetapi bayi boleh menyimpan apa yang didengar dalam kotak memorinya. Pastikan anda sentiasa bercakap dalam bahasa yang betul iaitu tidak pelat dengan anak kerana mereka akan meniru kata-kata yang keluar dari mulut ibu bapa. 
Sumber : PaMa

*******************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

H/P: 019-3131 395 atau

Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim   

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...