Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Memang naluri seorang ibu akan menegur
anaknya apabila anaknya itu melakukan kesilapan atau tidak mendengar cakapnya. Dan
sering juga kita dengar ungkapan “ibu marah kerana sayang”.
Namun masih adakah sifat “sayang” itu
apabila keluar ayat-ayat seperti:
“Kau ni anak derhaka betol!”
“Tak reti kenang jasa punya anak!”
“Menyesal aku lahirkan kau!”
Pernahkah kita terfikir mengapa anak-anak
ini menjadi sebegitu? Mengapa mereka tidak mendengar cakap ibu bapa mereka dan
mengapa mereka sering dipersalahkan? Adakah memang benar anak-anak itu yang
bersalah sepenuhnya dan mereka memang layak dimarahi?
Sudah lupakah kita kepada hadis Nabi SAW: “Anak
itu ibarat seperti kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya menjadi
nasrani, yahudi ataupun majusi”.
Hadis itu jelas menunjukkan bahawa bayi
yang lahir adalah suci daripada mana-mana sifat yang tercela. Mereka tidak dilahirkan
dengan membawa satu pun sifat-sifat terkutuk yang ada pada seorang anak
derhaka. Ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkan kain putih itu dengan
warna-warna yang indah dan sedap dipandang mata, yakni mendidik anak-anak
mereka dengan sifat-sifat dan akhlak yang terpuji.
Apabila ibu bapa gagal mendidik anak-anak
pada peringkat awal sehingga anak-anak sudah terlalu liat untuk dididik, apakah
kita masih mahu menyalahkan sepenuhnya kepada anak-anak? Mengapa kegagalan ibu
bapa dalam mendidik anak-anak mereka tidak pula dipersoalkan? Mengapa ibu bapa
meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada anak-anak mereka dan tidak pula sedar
bahawa ianya adalah salah mereka sendiri?
Jom baca 20 tips berikut :
bila
anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi
bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu
dan rendah diri. Dalam Islam pun sangat digalakkan kita beri nama yang
elok untuk anak2.
2. Berikan anak anda pelukan setiap hari
ada
kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai
kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita
peluk anak kita setiap hari, dia akan tahu serta dapat merasa yang kita
sayangkan dia. Dia tahu kita akan jadi penyokong dia yang paling kuat.
Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi
dia akan terbela.
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
pandangan
ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan
dengan persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi janganlah
buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung.
Kesian kat budak tuh. Namanya pun budak…
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
Berilah
pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman
untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate
dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la
namanya motivasi…
5. Jangan harapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan
mereka
hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan
mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang
mereka lakukan.
6. Bila berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga
Bila
ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu.
Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga.
Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses
ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi janganlah cemarkan
keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.
7. Dalam usaha mendidik anak-anak, janganlah mengeluh
Keluhan
akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka sebagai beban. Ini akan
menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari tua,
janganlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.
8. Dengarlah cerita anak anda
kerana
cerita itu mungkin tak akan dapat anda dengari lagi pada masa2 akan
datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda
tentang giliran untuk bercakap.
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya
ada
masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih
dgn kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita
bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam
menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega
bg diorg.
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri
mereka
akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jgn
kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah
Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jangan cepat gabra.
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya
sediakanlah
hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan
membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada
persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.
12. Ajar & didik lah mereka, walaupun berulang kali
ada
sesetengah budak kena banyak kali ajar dan tegur, baru dia faham.
Elakkan daripada memarahi mereka, sebab kalau marah nanti terbantut
pulak proses pembelajaran dia.
13. Luangkan masa bersama anak anda di luar rumah
peganglah
tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu
akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami
isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak
mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka, maka kita jadilah pendengar setia mereka.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda
mereka
juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan
anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah
rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam
biasakan
ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..mcm
cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan diorg.
17. Terimalah hakikat yang kadangkala kita bukanlah ibubapa yang sempurna
ini
akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata abah ni
garangla.. tu sebenarnya dia menegur. So, ubahlah. Jgn jadi too
perfectionist pada anak2. Nanti mereka merasa rendah diri.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah
anak-anak
akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada
keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita
mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka
siapkan kerja rumah, atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari
peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih
dari yg cikgu dia ajar.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka
tetapi
kadangkala cuma untuk “sound effect”nya sahaja, bukan ada apa2 pun.
Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula
yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula
sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Hoo… seram, tapi ada
betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh diri dari kita.
Semoga kita tidak sunyi dihari tua nanti.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda
hargailah
perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan
kita. Sama2 la kita berdoa agar anak2 menjadi penyejuk mata dalam
kehidupan kita dan sebagai penenang hati di dunia dan akhirat kelak.
InsyaAllah. “Wahai Tuhan ku, aku tak layak ke Syurga Mu …namun tak pula
aku sanggup ke Neraka Mu…. kami lah hamba yang mengharap belas dari Mu …
” “Ya Allah jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa…. ampunkan dosa2
kami, kedua ibubapa kami, serta dosa semua umat2 Islam yang masih hidup
mahupun yang telah mati”
Tips dari Robert D. Ramsey
No comments:
Post a Comment