Friday 29 August 2014

Tazkirah Jumaat | Kisah Seorang Guru Dan Muridnya |

KISAH SEORANG GURU DAN MURIDNYA

Seorang guru yang separuh umur berjalan-jalan santai bersama seorang remaja, salah seorang di antara murid-muridnya di sebuah ladang ternakan. Di selang seli waktu berjalan, terdengar ketawa kecil anak remaja tersebut. Mereka kelihatan sebagai kawan yang sangat akrab walaupun dengan perbezaan usia yang sangat zahir.  Inilah keistimewaan seorang murabbi yang ikhlas.

Tazkirah | Jumaat | Supplement | Vitamin | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa


Sedang berjalan, mereka terlihat sepasang kasut yang sudah usang dan hampir reput bersama beberapa barangan peribadi milik si pekerja di ladang ternakan itu dalam keadaan yang usang. Remaja itu melihat gurunya sambil mencadangkan: 

"Bagaimana kalau kita usik si pekerja tua ini dengan sembunyikan kasutnya, kemudian kita berlindung di belakang rimbun? Bila dia datang nanti, pasti dia terkejut.. Jom kita tengok bagaimana dia terkejut dan cemas! He he"

Tazkirah | Jumaat | Supplement | Vitamin | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa

Guru yang alim dan bijak itu menjawab:
"Anakku, tidak elok kita berseronok dengan mempermainkan orang, apatah lagi pada orang yang susah dan tua. Walau pun dia hanya seorang tukang kebun yang memotong dahan pokok atau pekerja ladang sahaja, tetapi pekerjaannya lebih mulia dari orang yang berjawatan besar tetapi sombong dan ego dengan jawatan dan kedudukan dunia. Kamu kan seorang pelajar yang senang dan kamu boleh sahaja menambahkan kebahagiaan untuk orang tu tanpa menghina atau menyusahkannya.? Sekarang saya cadangkan kamu masukkan beberapa keping duit kertas ke dalam kasutnya, kemudian saksikan bagaimana respon si pekerja ladang yang kamu perlekehkan itu..?"

Pemuda itu terpegun dengan cadangan gurunya, lalu bersetuju dan segera berjalan untuk memasukkan wang ke dalam kasut tersebut. Kemudian mereka bersembunyi di belakang rimbunan pepohon..

Tazkirah | Jumaat | Supplement | Vitamin | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa

Selang beberapa waktu, datanglah seorang lelaki dalam lingkungan 50 an, bajunya basah dengan peluh, sambil mengibas-ngibaskan kotoran dari pakaiannya dek rumput kebun atau pun mungkin serpihan dari najis ternakan yang melekat di pakaiannya . Dia berjalan menuju tempat barangan yang tinggalkan. Beliau memasukkan kakinya ke dalam kasut, merasai sesuatu di dalamnya. Dia cuba keluarkan, bila dilihatnya benda asing itu adalah wang kertas, mukanya berubah, dia terpegun.

Ada beberapa keping dalamnya!!Dia memeriksa sebelah lagi, mukanya hampir2 pucat melihat wang yang lebih banyak!!! Dia menatap wang itu berulang-ulang kali, seolah-olah tidak percaya dengan matanya.Dia melihat ke segala penjuru, seolah-olah mencari orang disekitarnya.. mungkin untuk bertanyakan sesuatu.. namun beliau mendapati dirinya kesaorangan!! 

Dengan segera ia memasukkan wang itu ke dalam sakunya dan terus berlutut sambil melihat ke langit dan menangis. Dia berteriak dengan suara tinggi, seolah-olah berbicara dengan Allah Ar Razzaq (Pemberi Rezeki) 

"Aku bersyukur kepada-Mu, Ya Allah, Tuhanku.
Wahai Yang Maha Tahu, isteriku sakit dan anak-anakku kelaparan. Mereka belum menjamah apa-apa pun hari ini.
Engkau telah menyelamatkanku, anak-anak dan isteri dari kecelakaan ini ya Allah".

Dia terus menangis dalam waktu cukup lama sambil memandang ke langit sebagai ungkapan rasa syukurnya atas kurnia dari Allah Yang Maha Pemurah. Pelajar tadi, sangat terharu dengan apa yang dilihatnya. Air matanya meleleh ke pipi tanpa dapat dibendung lagi. Guru yang bijak terus bersuara : 

"Bukankah sekarang kamu rasa lebih bahagia dari mengusik orang lain, mencaci, menghina dan lucu melihat orang yang kehilangan barangan?"

Pelajar itu segera menjawab,
"Harini aku mendapat pelajaran yang tidak akan mungkin aku lupakan seumur hidupku. Sekarang aku baru faham makna kalimah yang dulu belum aku fahami sepanjang hidupku:
"Ketika kamu memberi, kamu akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih banyak daripada kamu mengambil".

Gurunya melanjutkan...
"Sekarang ketahuilah bahawa pemberian itu bermacam-macam:
1• Memaafkan kesalahan orang di saat kita mampu membalas dendam, adalah suatu pemberian.
2. Mendoakan teman dan saudaramu di belakangnya (tanpa pengetahuannya) adalah suatu pemberian.
3• Berusaha untuk berbaik sangka dan menghilangkan sangka buruk darinya juga satu pemberian.
4• Menahan diri dari membicarakan aib saudaramu di belakangnya, adalah juga satu pemberian.


*Ini semua adalah pemberian dari Allah aza wajallah, supaya kesempatan memberi tidak hanya dibuat oleh orang-orang berada sahaja.
Jadikanlah semua ini pelajaran, pengajaran dan peringatan wahai sahabatku!
Semoga ia bermanfa'at untuk diri ku dan dirimu jua.. Insyaallah..

3 comments:

  1. as salam. satu tazkirah yg memberikan byk pengajaran kpd kita semua. abah follows your blog. no 179. tq.

    ReplyDelete
  2. salam. kisah yang menarik dan bole dijadikan pengajaran untuk semua

    ReplyDelete

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...