Saturday 16 August 2014

Sampel Tulang Haiwan Kolam Ikan Patin Di Perak - Sah Babi!!

Sampel Tulang Haiwan Kolam | Ikan Patin | Di Perak | Sah Babi | Astaghfirullah!!! Itulah yang boleh saya luahkan apabila membaca berita ini dari akhbar Beritan Harian. Mungkin ramai antara kita yang telah memakan ikan yang diternak di kolam ini. Moga Allah mengampuni dosa kita yang dizalimi ini.

Kami sekeluarga pula memang tak berminat sangat ikan kolam atau ikan air tawar ini. Cuma apabila berkunjung ke pantai timur menggunakan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) pasti singgah di RNR Temerloh, Pahang untuk menghilangkan "ketagih" memakan ikan patin masak tempoyak. Di harapkan ikan air tawar di Temerloh bebas dari unsur babi seperti kes diatas. 

Moga semua pihak yang berkenaan memandang serius isu ini dan mengambil langkah pengawasan yang lebih ketat ke atas pengusaha-pengusaha ikan air tawar di Malaysia ini.

Ikan | Kolam | Air Tawar | Babi | Vitamin | Supplement | Kesihatan | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa


IPOH – Ujian DNA ke atas sampel tulang haiwan yang ditemui dari sebuah kolam ternakan ikan patin di Jalan Ipoh Batu Gajah bulan lalu disahkan tulang babi.

Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Ahamad Sabki Mahmood berkata, laporan pengesahan itu diterima daripada pihak Jabatan Kimia, Petaling Jaya, Selangor pada 8 Ogos lalu. Ahamad Sabki berkata, sampel tulang berkenaan diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk analisis pada 10 Julai, selepas pendedahan isu ikan patin diberi bangkai babi tersebar di media sosial Facebook dan akhbar sejak 7 Julai.

Beliau bagaimanapun berkata, sehingga kini pihaknya tidak dapat mengesan pemilik kolam berkeluasan 0.4 hektar itu kerana dipercayai sudah melarikan diri. Katanya, pemantauan turut mendapati ladang itu kering dan sudah ditinggalkan.

Berikutan kes itu, Jabatan Perikanan bekerjasama dengan pihak kerajaan negeri termasuk negeri lain supaya semua ladang ternakan akuakultur didaftarkan dengan jabatan itu untuk tujuan pemantauan termasuk jenis makanan dan kemungkinan penggunaan bahan kimia lain yang menyentuh isu halal dan keselamatan. – Berita Harian

2 comments:

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...