Resepi Berbuka | Bulan Ramadhan | Ayam Panggang Bermadu | Ramai diantara kita merasa susah hati apabila menjelang waktu berbuka kerana memikirkan juadah apa hendak dimasak pada hari tersebut kan?. Bagi mereka yang bekerjaya, pasti pasar Ramadhan menjadi tumpuan kerana faktor kesuntukan masa. Bukan pening nak masak apa tapi pening plak nak beli apa.. He! He! He!
Untuk bulan Ramadhan tahun ini, mari kita luangkan sedikit masa untuk memasak demi keluarga tercinta kerana air dari basuhan tangan seorang isteri boleh menjadi senjata rahsia untuk mengikat hati anak-anak dan suami. Betul tak? Kalau tak dapat memasak masa weekday, pastikan weekend nanti kita memasak untuk tersayang. Pasti semua akan ceria dan gembira..
Sekadar nak berkongsi resepi yang saya perolehi dari kengkawan. Moga memberi manfaat untuk semua :
Ayam Panggang Bermadu
Bahan-bahan :
1kg kepak ayam
1 senduk besar minyak bijan
2 senduk besar madu (kalau u suka manis, tambahkan lagi )
sedikit serbuk lada sulah (sesuka hati, siapa yang suka pedas, tambahlah lagi)
sedikit garam secukup rasa
Cara memasak :
Gaulkan ayam bersama madu, minyak bijan, serbuk lada sulah & garam hingga rata. Perapkan semalaman atau lebih dan selepas tu, boleh lah dipanggang ayam tu.....
***********
Jom join GA saya ni:
No comments:
Post a Comment