Tidak
mudah untuk hamil dengan cepat dan kadang-kadang ia boleh memberikan
tekanan perasaan apabila sanak saudara dan kawan-kawan kerap bertanya
soalan yang sama. Tekanan perasaan pula boleh mengurangkan lagi peluang
anda untuk hamil. Dalam kebanyakan kes, cuma perubahan kecil sahaja yang perlu dibuat untuk menolong anda hamil dengan cepat.
Sekiranya
anda merancang untuk hamil, terdapat 11 tip yang boleh anda amalkan
untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih
cepat.
1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi.
Jika
haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh
ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari
faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang
menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi
dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan
berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.
2. Jumpa doktor anda.
Pastikan
anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah
cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan
dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang
tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal,
rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari
masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba
selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian
analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan
salur fallopiananda tidak tersumbat.
3. Dapatkan berat badan yang ideal.
Sekiranya
anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia
mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat
badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24
menunjukkan berat optimal.
4. Ketahui waktu subur anda.
Hari
subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari
subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh
dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu
badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti
lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda
boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa
ovulasi dengan lebih tepat.
5. Hubungan seks yang lebih kerap.
Melakukan
seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil
dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari
hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh
membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas
(missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan
penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik.
Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung
anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj
selama 15 minit selepas ejakulasi.
6. Tingkatkan kesuburan suami.
Pastikan
kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara
hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam,
tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat
sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda
boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.
7. Mengambil multivitamin.
Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.
8. Bersenam secara rutin.
Bersenam
adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia
untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.
9. Mengambil makanan yang seimbang.
Mengawal
pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami
masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS,
iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan
dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi
masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet,
kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali
seterusnya berovulasi secara semulajadi.
- Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera)
- Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.
- Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.
- Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.
- Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.
10. Kurangkan tekanan.
Life is
stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni.
Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah
ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh
mengurangkan tekanan anda seperti:
- Memasak
- Bersenam
- Mendengar muzik
- Membaca dan mendengar audiobooks
- Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
- Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
- Beromantik dengan suami
11. Jahuhi dadah, merokok dan minuman keras.
Merokok,
mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan
negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan
komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan
limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.
Sumber : http://portal.alamhamil.com/
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.
H/P: 019-3131 395 atau
Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim
No comments:
Post a Comment