Friday, 7 February 2014

Masa Berkualiti Bersama Anak-Anak

Kita mungkin bersama anak-anak 24 jam 7 hari seminggu tetapi kita sebenarnya tidak mempunyai masa yang berkualiti dengan mereka walaupun 5minit.
Persoalannya bagaimana untuk memberikan masa yang berkualiti dengan setiap anak-anak? 





Bagaimana kita mampu meluangkan masa yang berkualiti kepada anak-anak kita? 

Ini jawapannya untuk anda yang mahukan hanya yang terbaik untuk anak-anak.






1. Letakkan matlamat untuk memastikan anak-anak MESTI mempunyai masa bersendirian dengan kita. Hanya ibu atau bapa dengan seorang anak pada satu-satu masa. Walaupun hanya 5 minit. 

Contohnya, ibu keluar menghantar anak yang sulung (Alia) ke sekolah. Pada waktu itu hanya ada Ibu dan Alia sahaja. Masa ini yang digunakan untuk bertanya perkembangan anak ini dari hati ke hati.

2. Anak-anak keluar bersama salah satu daripada ibu atau ayah. Contohnya, ayah membawa semua anak-anak keluar pergi berjogging pada waktu pagi.

Elakkan daripada hanya ayah sahaja yang bawa anak keluar pergi jogging. Sebaik-baiknya, ambil giliran ibu dan ayah. Ini membantu anak-anak untuk memahami peranan ayah dan ibu.

3. Seorang anak bersama-sama kedua-dua ibu bapanya. Ini boleh dilakukan apabila anak-anak yang lain sedang melakukan aktiviti masing-masing.
Contohnya, kita sebagai ibu bapa, pergi melihat dan bertanya dengan angah tentang apa yang dilakukan olehnya hari ini.

** Jika kita mempunyai anak lebih daripada 2, seperti 3, 4 atau lebih, perkara yang sama boleh dilakukan. Ini membantu anak-anak untuk mengenal siapa ibu dan ayahnya yang sebenar-benarnya.

Jadi jika orang lain seperti mak mertua atau jiran atau sesiapa sahaja yang bercakap buruk tentang kita depan anak, anak-anak ini boleh memberikan penjelasan atau mempertahankan siapa ibu dan ayahnya. Mereka boleh menjawap kerana mereka mempunyai masa yang berkualiti dengan ibu bapa dan mereka kenal bagaimana peragai ibu dan ayah.

Malah, ini juga sangat membantu untuk mengelakkan anak-anak 'menganggap' atau berfikir ibu/ayah hanya sayangkan along sahaja. Ibu ayah tidak sayangkan adik atau angah.


Kredit To : Normelah

*******************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini , saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

H/P: 019-3131 395 atau

Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim 

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...