Pages

Thursday, 23 January 2014

Tips Untuk Memujuk Anak Yang Merajuk



Merajuk dan tantrum adalah cara anak-anak menyatakan ketidakpuasan hatinya. Tantrum adalah ekspres ke luar sementara merajuk ke dalam diri. Apa yang mereka perlukan semasa itu ialah diyakinkan bahawa anda menyayangi diri mereka.

Siapa kata mendidik dan membesarkan anak untuk menjadi individu berwibawa, pengasih dan berkebolehan tinggi ini senang. Itu sebab ramai ibu bapa mengambil jalan singkat memukul bertalu-talu dan marah berlebihan supaya anak akan takut. Apa yang tidak disedari kesan jangka panjang yang akan dirasakan bila mereka remaja atau menjadi dewasa.

Berikut adalah beberapa tips untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah ini : 

Elakkan Dari Anak Merajuk
Sepatutnya kita mesti elakkan anak kita dari merajuk sebelum dia mula merajuk. Maksudnya, cuba penuhi segala kemahuan anak kita. Apa yang dia mahu, apa yang dia minta dan apa yang dia maksudkan. Dengan cara itu kita dapat mengelakkan dia dari merajuk. Bingit telinga kalau anak start berdendang tangisan....

Cuba Kenali Punca Anak Merajuk
Seandainya anak sedang merajuk, cuba selidik apa yang menjadi punca menyebabkan dia merajuk. Tanya anak anda dengan nada lembut dan kasih sayang. Jangan sesekali bertanya dengan kasar atau dengan nada perli. Anak kita sudah boleh memahami apa yang kita maksudkan.



Pujuk Anak Yang Sedang Merajuk
Pujuk lah anak anda yang sedang merajuk dengan sebaik baik pujukan. Elakkan dari terus memarahi, menghukum atau memukul anak anda kerana hal ini akan menambahkan lagi dia merajuk. Lebih teruk lagi, mendatangkan trauma kepada anak tersebut.

Sudah Dipujuk Tetapi Masih Lagi Merajuk....
Jika kita sudah memujuk tetapi anak masih lagi merajuk...biarkan dia seketika. Seperti orang dewasa, kanak-kanak juga memerlukan masa untuk bersendiri untuk menenangkan diri sendiri. Jika dia berada di dalam bilik, biarkan seketika. Mungkin dalam 5 hingga 10 minit. Selepas itu barulah dipujuk semula.

Anak Tetap Berkeras dan Masih Merajuk
Jika sudah sampai ke tahap ini (tak makan saman), cuba suruh orang lain pula untuk memujuk anak anda, bapanya kah, maid ke, kakak, atok atau sesiapa yang dia rasa senang. Macam aku, kucing yang ada dalam rumah ni aku letak dekat anak yang sedang merajuk tu...sure dia cair punya tengok muka kucing tu...mesti dia tak sampai hati nak sepak terajang kucing tu kan....
 

Jika semua cara masih juga tidak berkesan, tidak salah jika kita menggunakan sedikit kekerasan. Kita perlu marah dan menghukum perbuatan yang salah. Namun, lakukan dengan penuh kasih sayang dan hormat. 
 
Dan bila sudah habis menjalankan hukuman itu, peluk dia dan yakinkan kasih sayang anda kepadanya. Supaya anak itu faham, yang salah ialah perbuatannya. Dan yang anda tidak suka ialah perbuatan itu. Dia tetap anda sayang dan kasih. 
 
 
Susah? Ya, memang susah, namun ia boleh dilakukan dan bila anda lakukan anda tidak lagi rasa sedih dan terkilan malah berasa lega.


No comments:

Post a Comment